Connect with us

Oh! Media

Thailand Jatuhkan Hukuman Mati Kepada Individu Ambil Gambar Berhampiran Airport

Umum

Thailand Jatuhkan Hukuman Mati Kepada Individu Ambil Gambar Berhampiran Airport

Hukuman mati boleh dikenakan kepada individu atau pelancong yang mengambil gambar di kawasan pantai sekitar lapangan terbang di Thailand.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket memang sangat popular kerana lokasinya yang berhampiran pantai dan membuatkan ramai pelancong akan memilih untuk mengambil gambar membelakangkan pesawat yang sedang berlepas.

Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang memberitahu media bahawa tindakan itu secara tidak langsung boleh mengalihkan fokus juruterbang.


“Kami sedang menubuhkan zon keselamatan yang akan dikategorikan sebagai kawasan larangan orang ramai mengambil gambar.”

“Selain dari kawasan ini, penduduk tempatan dan pelancong masih boleh mengambil gambar seperti biasa.”

“Penalti maksimum adalah hukuman mati.”

“Penalti bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, mengikut Akta Penerbangan Udara 1978.”

Sumber: Mirror UK

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas