Connect with us

Oh! Media

(Aduan) Tesco Puchong Kantoi Pamer Harga Lain, Bayar Harga Lain

Umum

(Aduan) Tesco Puchong Kantoi Pamer Harga Lain, Bayar Harga Lain

Berapa ramai dari kita yang ambil sedikit masa untuk lihat harga di label barang susunan dan bezakan dengan harga yang dibayar ketika di kaunter? Berapa ramai pula yang rajin untuk semak resit bayaran selepas barang dibeli? Jika ada perbezaan harga, berapa ramai pula yang rajin untuk meminta semula hak mereka? Mungkin kerana perbezaan tidak banyak, dan pengguna ambil langkah tidak kisah. Jika terjadi kepada jutaan pelanggan, berapa banyak pula keuntungan yang dapat dibuat?

ADVERTISEMENT

Berikut adalah aduan yang dihantarkan kepada Oh! Media;

Petang tadi shopping kat Tesco Puchong(kat2 IOI mall). Bila dah bayar, tah cam na leh perasan yg harga kat resit lagi mahal dari harga kat label. Bila tnya alasan sistem xupdate lagi. Aku pun dah panas baran n diorang pun malas nak gaduh2 sbb customer lain tgh tgk je aku duk sound bos Tesco tu, diorang ganti balik duit aku.

Tah ada brapa bnyak lagi barang xupdate. So masalahnya dlm satu hari dah berapa ribu orang tertipu n brapa bnyak diorang leh wat duit. So nasihat aku klau shopping kat Tesco or kat mana2 sekali pun, lepas bayar pastikan harga dekat resit sama dengan harga kat label. – Mohd Khairul Anwar

Berikut pula adalah respon orang ramai di Facebook Oh! Media yang pernah mengalami kejadian yang lebih kurang sama seperti pengadu di atas.

Timbul persoalan di sini, adakah alasan sistem tidak update lagi dapat diterima sedangkan harga barangan sudah dipamerkan untuk panduan pelanggan? Jika ianya benar, ia merupakan satu kelalaian yang patut dibendung serius agar tidak lagi berlaku kelak. Apa kata anda?

Update: Berikutan dari artikel ini, kami menerima satu lagi email aduan berkaitan Tesco tetapi kali ini di Ara Damansara.

“salam OM, td g tesco ara damansara, milo 6x200ml ptt rm6.98. die letak yg karton tu skali dgn yg da bukak, so sye nk amik yg karton tu sbb die ade 4set 6x200ml, sye mmg nk amik 4set. bile g byr org tu scan barcode kt karton, harge jd rm29.90. ptt kalo harge promo rm27.92. so sye x puas hati, sye g kt kaunter pelanggan. die scan by set 6x200ml, bru dpt harga promo. so nk remind kt org lain kene hati2.”

Magik Betul Pasir Ni!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas