Umum
Terus Kongsikan Kemalangan Melibatkan Pemandu Mabuk! Kali Ini Rempuh Kenderaan Lain Dari Belakang
Oleh
Lagi dan lagi kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk. Gais, kongsi dan viralkan sahaja kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk ni selagi ni tak ada apa-apa tindakan diambil. Bukan apa, Ohmedia pun takut sebab bila-bila masa ia boleh terjadi kepada kita pulu. Ramai orang tak bersalah kena hadapai masalah macam ni.
Kali ni, ia dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter apabila terlibat dalam satu kemalangan apabila dilanggar oleh pemandu mabuk dari arah belakang dengan kuat. Dalam perkongsian itu juga, hasil dari rempuhan itu juga menyebabkan dua kereta dihadapan turut terlibat sama.
Dari apa yang diceritakan, mereka dalam perjalanan pulang dari dataran merdeka dan kereta yang dipandu rakannya tiba-tiba dirempuh dari arah belakang. Keadaan jalan raya pada waktu itu agak sesak dan semua kenderaan dipandu dengan perlahan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
