Connect with us

Oh! Media

Tersebar Kad Idenditi Presiden Rusia – Putin Bekas Perisik Polis Rahsia

Vvlad hmfield image listing featured v2var 1544672834jpg

Umum

Tersebar Kad Idenditi Presiden Rusia – Putin Bekas Perisik Polis Rahsia

Kad identiti digunakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika beliau menjadi perisik Soviet di bekas Jerman Timur telah ditemui dalam arkib polis rahsia Stasi atau agen Kementerian Keselamatan Negara Jerman Timur (MfS) di Dresden.

Difahamkan, penemuan kad identiti Stasi tersebut dibuat ketika penyelidikan terhadap kerjasama rapat antara perkhidmatan risikan KGB dan Stasi.

Agensi Rekod Stasi (BStU) dalam satu kenyataan berkata, Putin, 66, menerima kad pengenalan tersebut bagi membolehkan beliau menjalankan tugas KGB dengan kerjasama Stasi yang melakukan pengawasan terhadap orang awam.

IKLAN

“Kajian terkini tidak menunjukkan Putin bekerja untuk MfS,” jelas BStU.

Pada 2017, Putin dengan bangga mendedahkan beliau pernah menjadi agen KGB di Dresden pada 1980-an.

Selepas kembali ke Rusia, pemimpin terbabit menjadi ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), pengganti utama KGB sebelum beliau dilantik presiden pada tahun 2000.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas