Connect with us

Oh! Media

Terpedaya Dengan Macau Scam, Seorang Pelajar Rugi 4000 Ringgit!

Umum

Terpedaya Dengan Macau Scam, Seorang Pelajar Rugi 4000 Ringgit!

Kerana percaya panggilan dibuat dari pihak mahkamah, seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa penipuan Macau Scamdan mengalami kerugian kerugian RM4,140 akibat ditipu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata pelajar perempuan berusia 21 tahun itu mendakwa 
“Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada wanita yang mewakili Mahkamah Melaka sekitar 1 tengah hari semalam, mengatakan terdapat individu telah menggunakan kad kreditnya untuk membeli dadah. Mangsa menafikan perkara itu, namun panggilan itu kononnya disambung ke Ibu Pejabat Kontinjen Melaka atas alasan dia perlu bercakap dengan pegawai penyiasat,” kata Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.
Mohd Wazir menambah, mangsa mendakwa telah memberi nombor akaun dan kata laluan perbankan dalam talian miliknya kepada suspek kedua, kononnya bagi urusan siasatan. Kira-kira setengah jam selepas tamat perbualan itu, mangsa kemudiannya membuat semakan baki akaunnya dan mendapati jumlahnya berkurangan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca di Oh! Media

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas