Umum
“Terma ‘Bangsa Johor’ Tidak Relevan Di Malaysia” – Hassan Abdul Karim

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-negeri dan Persekutuan, Hassan Abdul Karim tampil dan mendesak penggunaan terma Bangsa Johor dihentikan kerana ia dianggap tidak sihat sedangkan Malaysia sebuah negara Persekutuan, kerana ia bersifat kenegerian yang tidak bersifat nasional.
“Konsep kita konsep politik dan konsep antropologi dan sosiologi iaitu negara bangsa Malaysia. Kita orang Melayu, kita orang Cina, kita orang Iban, kita orang Kadazan kita orang India maka kita semua adalah Bangsa Malaysia, itu pendirian saya. Kita mesti didik pembentukan Bangsa Malaysia kita dah berapa puluh tahun merdeka, jadi kalau ada Bangsa Johor, ada Bangsa Kedah, ada Bangsa Sarawak ada Bangsa Terengganu… sampai bila kita tak ada kesatuan. Mengambil contoh negara Indonesia, terdapat beribu pulau besar tetapi menggunakan bangsa Indonesia tanpa membezakan dengan gelaran Bangsa Jawa,dan Sunda,” jelasnya.
“Saya faham, maknanya saya juga berhati-hati saya hormati institusi sultan dan tapi saya terpaksa menyatakan yang benar dari segi politik, antrologi, sosiologi iaitu kena terima hakikat negara kita negara Persekutuan. Jadi bermakna Johor maknanya kita sebut orang Johor, orang Kedah, anak Johor, jadi tak boleh Bangsa Johor, salah.
“Saya sebagai Ahli Parlimen maknanya saya bercakap sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan saya memikirkan yang lebih nasional bukan kedaerahan atau kenegerian. Konsep itu (Bangsa Johor) digunakan pada tahun 20-an. Ia bermula daripada nenek moyang Sultan Johor yang ada sekarang. Saya menghormati, bukan nak ungkit-ungkit,” jelasnya.
Facebook Oh! Media
