Connect with us

Oh! Media

Terengganu Bakal Membuka Permohonan Lesen Motosikal Percuma Februari Ini

Sya 5780jpg

Umum

Terengganu Bakal Membuka Permohonan Lesen Motosikal Percuma Februari Ini

Kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mensasarkan 25,000 belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun akan mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.

Katanya, permohonan melalui dalam talian dan secara manual akan mula dibuka 1 Februari hingga 1 Mac depan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar.

IKLAN

“Mulai1 Februari 2019, kita akan mulakan proses pendaftaran semua mereka yang layak untuk menyertai program lesen percuma ini di mana pendaftaran dibuka selama sebulan.

“Pada bulan ini juga kita akan mengadakan mesyuarat akhir dengan semua agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini dan mengiklankan melalui web, online dan juga mengedarkan borang secara manual kepada seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

“Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan online kepada MPKK, Pejabat DUN dan i-MiTS berdekatan,” ujarnya.

Sumber: Teganukita

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas