Connect with us

Tentera Dan Polis Dikerah Pemerintah, Padam Kebakaran Hutan Akibat Kemarau

Umum

Tentera Dan Polis Dikerah Pemerintah, Padam Kebakaran Hutan Akibat Kemarau

Sumber : BBC Indonesia

Saat ini, Indonesia sedang mengalami musim kemarau dimana 28 daripada 34 wilayah mengalami musim berkenaan. Oleh itu, Indonesia kini berdepan dengan masalah kebakaran hutan serius di kepulauan Sumatera khususnya lokasi yang mempunyai tanah gambut kerana ia mudah terbakar.

Akibat dari itu, pemerintah terpaksa mengeluarkan perintah darurat di enam wilayah pulau berkenaan. Turut mengalami masalah yang sama adalah kepulauan Borneo, wilayah Kalimantan. Sehubungan dari itu, Pemerintah Indonesia telah mengerahkan anggota tentera dan polis untuk membantu memadamkan kebakaran hutan berkenaan.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, pemerintah Indonesia bercadang untuk mencipta hujan buatan bagi membantu mengurangkan risiko kebakaran hutan daripada terus merebak. Selain pemerintah, masalah ini turut dibantu firma swasta yang memperuntukkan 10 unit tambahan helikopter.

Sumber : Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top