Connect with us

Oh! Media

Nak Tau Universiti Mana Jadi Pilihan Popular Para Graduan Masa Kini?

Branded

Nak Tau Universiti Mana Jadi Pilihan Popular Para Graduan Masa Kini?

Para graduan hari ini sentiasa mencari sesuatu yang berbeza dalam kehidupan mereka. Ini kerana pemikiran yang luar biasa amat diperlukan untuk terus bersaing dalam apa jua situasi pada hari ini. Habis sahaja zaman persekolahan, maka ramailah yang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Taylor’s University contohnya merupakan salah sebuah universiti yang sangat popular menjadi pilihan ramai untuk melanjutkan pelajaran mereka. Apa yang dilakukan Taylor’s University hanyalah dengan mengikut trend terkini suasana kampus dalam masa yang sama tetap terus mengekalkan kualiti pembelajaran berkualiti tinggi yang diamalkan di sana.

Kaedah ini terbukti berjaya apabila Taylor’s University dinobatkan di tempat ke-4 dunia dan paling tinggi di Asia menurut Penarafan Pekerjaan Graduan QS 2019 baru-baru ini. Berikut adalah aktiviti yang biasa dijalankan di Taylor’s University.

Suasana Pembelajaran Di Kampus Yang Sungguh Awesome!

Bayangkan suasana pembelajaran yang sangat tenang bersebelahan tasik pastinya mencipta suasana harmoni untuk minda kita aktif berfungsi. Taylor’s Lakeside Campus adalah contoh sebuah kampus pembelajaran yang begitu sinonim sebagai pilihan ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka kerana keindahan kampus ini sendiri yang dibangunkan di tepi tasik.

Suasana yang begitu tenang dan indah sebegini pastinya sangat membantu dalam menzahirkan kampus idaman semua sama seperti yang digambarkan di dalam kaca televisyen.

Cita-Cita Belajar Ke Luar Negara Bermula Dengan Taylor’s!

Ramai yang memang sedia maklum bahawa Taylor’s University sangat popular sebagai batu loncatan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke Amerika Syarikat. Melalui program seperti American Degree Program (ADP), ia merupakan program persediaan pelajar dari Taylor’s University ke mana-mana universiti berkualiti tinggi di Amerika Syarikat mengikut pilihan pelajar sendiri. Banyak jurusan ditawarkan seperti Perniagaan, Kejuruteraan, Sains Komputer, Keseniaan, dan macam-macam lagi. Program ini mengamalkan sistem pembelajaran dan ujian berterusan iaitu 70% berdasarkan pelbagai jenis kerja kursus, 30% untuk peperiksaan akhir. Antara kerja kursus yang akan dijalani oleh pelajar merangkumi pelbagai jenis projek, persembahan dan kurikulum tambahan.

Melalui program ini, Taylor’s University menjalankan pelbagai aktiviti yang mendedahkan pelajar dengan budaya pembelajaran seperti di Amerika Syarikat sejak dari awal bagi memastikan mereka dapat menerima perubahan suasana pembelajaran antara di Malaysia dan Amerika Syarikat dengan lebih sempurna sebagai persediaan awal mereka.

Aktiviti Mengenal Budaya Seperti American Festival (AmFest)

Taylor’s University sentiasa menganjurkan pelbagai festival melibatkan pelbagai budaya dan negara. Festival seperti ini menjadikan para pelajar di Taylor’s University mempunyai kesedaran tentang kedudukan ekonomi dan cara hidup di Amerika Syarikat yang sesuai sebagai pengetahuan kepada bakal pelajar ADP nanti.

Pelbagai persembahan akan dibuat semasa festival dan semua persembahan adalah berlatar-belakangkan tentang kehidupan di Amerika Syarikat. Aktiviti begini pastinya menjadi jalan terbaik untuk mengetahui tentang kehidupan di Amerika Syarikat sebagai salah-satu cara membiasakan diri sebelum menjejakkan kaki ke sana melalui program ADP di Taylor’s University.

Pelajar Sentiasa Aktif Dengan Pelbagai Lagi Aktiviti Menarik

Selain itu memang banyak lagi aktiviti menarik yang sentiasa dijalankan di Taylor’s University seperti Live Statues, Fright Night, ADP Cup, Faisal Cup, dan banyak lagi sekaligus memberikan kesan yang terbaik sebagai kehidupan seorang pelajar universiti dalam masa yang sama memastikan pelajar benar-benar bersedia sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bagi kami, Taylor’s University merupakan sebuah universiti berprestij yang mampu memberikan suasana pembelajaran jauh lebih menarik dari mana-mana universiti lain dan sekaligus mencipta graduan yang berkualiti tinggi untuk diterima di dalam pelbagai industri besar di negara kita.

Untuk melihat dengan lebih dekat lagi seakan merasai sendiri, apa kata korang datang sendiri ke Taylor’s University Info Week yang akan langsung pada hari ini hingga 12 MEI 2019 nanti bagi mengetahui dengan lebih lanjut lagi apa yang ditawarkan di Taylor’s University.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://university.taylors.edu.my/adp.html
Facebook: https://www.facebook.com/taylorsadp/



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas