Connect with us

Oh! Media

“Tarif Elektrik, Tiada Kenaikan Hingga Disember” – Yeo Bee Yin

Umum

“Tarif Elektrik, Tiada Kenaikan Hingga Disember” – Yeo Bee Yin

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Berdasarkan mekanisme ‘Imbalance Cost Pass Through’ (ICPT), kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh sama berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 0.39 sen/kwj, katanya.
Bagaimanapun, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, salah satunya dengan mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.
“Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah ‘Incentive-Based-Regulation’ (IBR) berdasarkan peruntukan ‘Regulatory Implementation Guidelines’ (RIGs) dan berjaya menjimatkan sebanyak RM336.70 juta.
“Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta,” tambahnya.
Sumber: Awani

ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas