Connect with us

Oh! Media

(BIODATA) Kisah Jatuh Bangun Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Oh! Negara

(BIODATA) Kisah Jatuh Bangun Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Selepas hampir 1 minggu rakyat Malaysia bermain teka teki dengan ketidaktentuan politik negara, akhirnya satu keputusan telah dicapai apabila Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

ADVERTISEMENT

Keputusan ini dicapai selepas meneliti segala aspek dan Muhyiddin juga telah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.



Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen). – Kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan yang kini berada di pekarangan kediaman Muhyiddin.

Ini bermaksud, PAS juga akhirnya berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas sekian lama menjadi pembangkang. Mereka sebelum ini telah melakukan gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional yang terdiri daripada BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA dan beberapa parti lain.




Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka di mana ia diumumkan sendiri dari Istana Negara.

Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya. Kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah kepada saya. Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini. Kata Muhyiddin di hadapan kediamannya.

Sedikit info mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohammad Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 dan telah menyertai politik sejak umur 20-an dan pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat Datuk Seri Najib Razak kerana telah menegur Najib mengenai isu 1MDB. Muhyiddin turut telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada Jun 2016. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Jawatan Tertinggi Yang Pernah Dipertanggungjawabkan.

– Timbalan Perdana Menteri Malaysia
– Timbalan Presiden UMNO
– Menteri Besar Johor
– Menteri Belia dan Sukan
– Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna
– Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Asal usul & Kerjaya

Beliau dibesarkan di Muar Johor dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu pada tahun 1971.

Pada tahun 1970, Muhyiddin telah memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan dilantik pula sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1974.

Minat dengan dunia korporat akhirnya beliau berjaya mendapat tempat dalam jawatan tertinggi negara.

1. 1981 – Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia.

2. 1982 – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

3. 1995 – Menteri Belia dan Sukan.

4. 1999 – Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna.

5. 2004 – Menjadi Ketua di Kementerian Pertanian selepas pengstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

6. PRU Ke-11 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

7. Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen.

8. 2000 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

9. 2015 – Dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

10. 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

11. 2016 – Bersama BERSATU.

12. Menjadi Presiden Parti BERSATU.

13. 2020 – Perdana Menteri Malaysia Ke-8

OHMEDIA: DIHARAPKAN KEPUTUSAN INI DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA RAKYAT DAN KITA HARUS BERGERAK KEHADAPAN SERTA MEMPERBAIKI SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN TERDAHULU.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas