Connect with us

Oh! Media

Tahniah Kementerian Kesihatan – TMJ Harap HSA Dapat Dibaik Pulih Secepat Mungkin

Umum

Tahniah Kementerian Kesihatan – TMJ Harap HSA Dapat Dibaik Pulih Secepat Mungkin

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana prihatin terhadap isu Hospital Sultanah Aminah (HSA) melalui laman Twitter rasminya.

ADVERTISEMENT

“Saya dimaklumkan peruntukan sudah diluluskan untuk kerja baik pulih di HSA termasuk ICU yang terjejas akibat kebakaran dua tahun lalu.

“Saya harap projek (membaik pulih) dapat diselesaikan secepat mungkin untuk keselesaan rakyat. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana mengambil perhatian terhadap isu di HSA,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ketika mengadakan lawatan kerja ke Johor di Hospital Permai di sini, berkata sejumlah RM25 juta peruntukan diluluskan bagi kerja pemasangan ‘sprinkler’, pendawaian dan lain-lain kerja berkaitan yang dalam semakan dan penyediaan skop oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sejumlah RM4.77 juta turut sudah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi kerja menaiktaraf sistem perangkap kilat yang dalam semakan dan penyediaan skop Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas