Connect with us

Oh! Media

Tabung Harapan Malaysia Akhirnya Akan Ditutup Pada Penghujung Tahun Ini

Umum

Tabung Harapan Malaysia Akhirnya Akan Ditutup Pada Penghujung Tahun Ini

Tabung Harapan Malaysia akan ditutup pada penghujubg tahun ini pada 31 Disember setelah dilancarkan pada 30 Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang Mesyuarat Jemaad Menteri bersetuju untuk menutup Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia setelah tujuh bulan ia ditubuhkan.

“Keikhlasan kerajaan untuk memastikan sumbangan Tabung Harapan Malaysia adalah berdasarkan keprihatinan kepada situasi hutang negara dicerminkan dengan penolakan tawaran sebuah syarikat negara asing untuk menderma RM100 juta kerana disyaki ada niat tertentu di sebalik sumbangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Pelantikan firma audit luaran oleh Kementerian Kewangan bagi tujuan mengaudit akaun Tabung Harapan Malaysia juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957.

“Ini adalah kerana Tabung Harapan Malaysia melibatkan dana yang disumbang oleh rakyat untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 Trilion ekoran skandal 1MDB, dan kerajaan komited untuk terus telus dengan setiap sen yang diterima,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas