Connect with us

Oh! Media

Syria Pintas Sebahagian Serangan Roket Israel

2986991365jpg

Umum

Syria Pintas Sebahagian Serangan Roket Israel

Cahaya pantas di langit yang dilihat datang dari arah Israel berjaya dipintas sistem pertahanan udara Syria tempoh hari. Cahaya ini juga dikatakan adalah roket yang disasarkan oleh Israel ke arah Syria dan mereka berjaya menembak jatuh sejumlah daripadanya.

Sumber tentera Syria juga telah mengesahkan dan serangan roket ini dilihat satu sasaran jahat yang dilepaskan ke arah wilayah Quneitra berhampiran Bukit Golan, sebahagiannya diduduki Israel.


IKLAN

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, tiga letupan menggegarkan bahagian barat daya ibu kota ini semalam.

“Israel menyasar rantau Kiswah di mana gudang senjata milik Iran dan proksinya, Hizbullah ditempatkan,” kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Israel menjalankan ratusan serangan udara di Syria, kebanyakannya apa yang dikatakan sasaran Iran dan Hizbullah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas