Connect with us

Syarikat Penerbangan Asia Timur Terpaksa Ubah Laluan Udara Setelah Pakistan Tutup Ruang Udara

Umum

Syarikat Penerbangan Asia Timur Terpaksa Ubah Laluan Udara Setelah Pakistan Tutup Ruang Udara

Berikutan dengan penutupan ruang udara  diantara Pakistan dan utara India, kebanyakan syarikat penerbangan dari Asia Timur terpaksa mengubah laluan perjalanan ke Eropah.

Penutupan laluan udara di kawasan berkenaan terpaksa ditutup setelah ketegangan yang berlaku kian memuncak.

Bagi penerbangan Pakistan, mereka terpaksa membatalkan semua penerbangan manakal Thai Airways turut mengambil pendekatan untuk membatalkan semua penerbangan ke Eropah.

Ini kerana, Thai Airways gagal memilih laluan alternatif kerana laluan udara selatan Pakistan sudah semakin sesak setelah kebanyakan syarikat telah membuat pengubahan laluan.

Singapore Airlines dan British Airways adalah antara syarikat penerbangan yang terpaksa mengubah haluan dan menurut Singapore Airlines, perjalanan jauh memerlukan pesawat berhenti untuk mengisi minyak.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top