Connect with us

Oh! Media

Produk Dengan Teknologi & Ramuan Dari Korea Tapi Halal?

Branded

Produk Dengan Teknologi & Ramuan Dari Korea Tapi Halal?

Beberapa hari lepas kami secara tak sengaja ada tengok satu video klip Korea ni. Hero dan heroin dia punyalah hensem dan cantik. Mula-mula ingatkan tu trailer wayang yang baru ke apa. Kagum juga ada gadis ayu berseri-seri dalam video tu. Rupa-rupanya ia adalah iklan terbaru sebuah produk kecantikan, Syahirah. Daebak!! Terbaiklah.

Sebut pasal Korea ni, korang pun tahu sendiri betapa hebatnya gelombang K-Beauty, K-Drama, K-Pop dan macam-macam lagi yang melanda Malaysia. Demam Korea ni sampai orang Malaysia terikut-ikut dengan fasyen serta budaya mereka kat sana. Tak cukup dengan drama satu persatu ditayangkan, kita turut demam dengan makanan mereka. Buktinya makin banyak restoran makanan Korea membanjiri Malaysia pada hari ini.

Berbalik pada video iklan tu, Ohmedia punyalah teruja sampai time tu juga kenalah terus tanya Encik Google apa yang membuatkan Syahirah Korean Secrets ni kemain berani lagi untuk up iklan dia yang macam tu?

Dari hasil carian kami, Syahirah ni memang produk Malaysia tetapi yang buat dia jauh dari best dari yang lain kerana teknologi terkini yang digunakan juga ramuan terpilih dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Kenapa menarik? Ye lahh Pulau Jeju ni kan terkenal dengan keindahan dan sumber semulajadi’nya.

Dan yang paling penting, produk ini telah secara rasmi mendapatkan pengesahan HALAL daripada JAKIM.


Kalau nak nampak cantik macam awek Korea sekalipun, kita kenalah bijak dan lebih berhati-hati. Carilah produk tempatan yang menggunakan teknologi dan ramuan dari Korea kerana dengan status halal yang diperakui JAKIM, ianya lebih meyakinkan kita sebagai pengguna. Betul tak?


Maklumat lanjut tentang perkara ini dan juga produk Korean Secrets dari Syahirah, anda boleh layari Facebook Syahirah Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas