Connect with us

Oh! Media

Suspek Letak Patung Berhala Di Surau Berjaya Ditangkap – Dakwa Sering Mimpi dan Belajar Ilmu ‘Gila Isim’

Umum

Suspek Letak Patung Berhala Di Surau Berjaya Ditangkap – Dakwa Sering Mimpi dan Belajar Ilmu ‘Gila Isim’

Beberapa siri patung berhala yang menggemparkan beberapa jemaah surau apabila melihat patung berkenaan diletakkan di sekitar surau akhirnya terjawab apabila pihak polis berjaya menangkap suspek.

ADVERTISEMENT

Ini apabila, seorang lelaki mendakwa dia selalu bermimpi melihat patung berhala yang mengelilingi Kaabah dan turut mengaku telah meletakkan patung di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang.

Suspek berjaya ditangkap pihak polis pada jam 6.15 petang semalam dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar.

Kejadian yang berlaku di dua buah surau itu dilaporkan dan pihak polis menyatakan bahawa suspek merupakan seorang penganggur dan diberkas di rumahnya, tidak jauh dari surau terbabit.

Polis juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan mengaku pernah belajar ilmu agama yang salah (gila isim) di negara jiran.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas