Connect with us

Oh! Media

Sunway Pyramid Meraikan Sambutan Hari Raya Dengan Tema Bunga Yang Sangat Mempersonakan

Branded

Sunway Pyramid Meraikan Sambutan Hari Raya Dengan Tema Bunga Yang Sangat Mempersonakan

Bila tiba musim raya ni, semua pasaraya besar masing-masing akan mempamerkan kehebatan mereka dalam menyediakan dekorasi dengan tema paling menarik untuk menarik tumpuan sertai menghargai pengunjung yang berbilang bangsa di Malaysia. Sunway Pyramid antara sebuah mall popular yang terawal meraikan sambutan raya tahun ini dengan dekorasi sangat menarik dan lebih awesome lagi bila ada banyak gila aktiviti menarik untuk korang sertai.

Tahun ini, Sunway Pyramid memilih untuk menggunakan tema bunga-bunga raya sebagai hiasan di ruang legar utama mereka. Idea yang sangat menarik sekaligus mampu menarik ramai pengunjung terutamanya yang mencari lokasi gambar insta-friendly untuk dikongsikan ke media sosial masing-masing.

Sunway Pyramid sudah pastilah merupakan lokasi paling popular untuk berbuka puasa dan juga shopping raya kerana korang boleh dapat segala-galanya di dalam satu tempat sahaja. Dengan lebih 1,000 kedai yang ada dalam Sunway Pyramid tu, korang boleh dapatkan apa sahaja dari fasyen antarabangsa paling trending sekarang ni, barangan kecantikan, barangan sukan, gajet canggih terbaru ketika ini, mainan, dan banyak lagi sampai tak tahu nak pilih yang mana. Sambil tu boleh nikmati keindahan dalam taman interaktif yang unik sambil sertai pelbagai permainan tersedia.

Banyak ativiti yang mereka namakan sebagai Bunga-Bunga Raya dijalankan oleh Sunway Pyramid untuk pengunjung yang datang. Boleh kata aktiviti semuanya menarik dan sangat mudah untuk korang dapat petal sticker yang menarik.

Antaranya Bunga-Bunga Swing. Aktiviti ni korang boleh sertai dengan hanya ambil gambar korang sendiri dengan cara paling kreatif kat area flower swing tu, kemudian upload ke Instagram atau Facebook sendiri. Oh ya, jangan lupa untuk tag @sunway_pyramid dan letak hashtag #PyramidRaya. Lepas je selesai post, korang terus tunjukkan kepada krew bertugas untuk dapat petal sticker yang menarik!

Selain tu, pergi ke area Hopscoth Play dan selesaikan sekurang-kurangnya 4 aksi yang diminta untuk dapat petal sticker juga. Ini sedikit mencabar tapi senang jer. Ingat 10 langkah yang Ohmedia beritahu kat bawah ni. Jangan cakap Ohmedia tak payung. Haha!

1. Stomp (buat gaya marah macam hulk) 3 kali
2. Tepuk tangan 5 kali
3. Lompat dari petak nombor 3 ke petak nombor 5 dengan 1 kaki
4. Lompat!
5. Lompat lagi!
6. Main rock-paper-scissor dengan krew di situ
7. Korang pusing 1 kali
8. Tunjuk senyuman yang paling menawan
9. Angkat kedua-dua tangan ke atas
10. Pegang telinga kiri dengan tangan kanan. Selesai!

Blooming Floral Walk antara kawasan menarik untuk korang berjalan dan menikmati pemandangan bunga kembang. Namakan dua warna bunga yang korang dapat lihat dan beritahu pada krew yang bertugas.

Interactive Blooming Garden pula membolehkan korang mencipta sendiri persembahan bunga. Korang hanya perlu tekan butang bunga berkembang untuk menang hadiah.

Satu lagi aktiviti yang boleh korang buat masa kat Sunway Pyramid nanti adalah ambil gambar korang di Floral Memory Lane dengan insan tersayang. Sebut “cheseee” dan lepas gambar siap dicetak, tunjukkan pada krew yang bertugas.

Semua aktiviti ni akan melayakkan korang untuk menerima petal sticker menarik dari Sunway Pyramid bagi setiap aktiviti yang dibuat. Mudah kan?

Selain tu ada juga aktivit dan perkara lain yang menarik juga antaranya Floral Papercutting (luaskan imiginasi korang dengan papercutting), Bunga-Bunga Workshops (cipta floral masterpiece korang sendiri), Raya with Royce (hebatkan kemanisan Raya tahun ni bersama Royce!), Fleurs Flower Market (belajar dekorasi rumah dengan bunga-bungaan), dan Yankee Candle (belanja RM500 atau RM400 dengan kad kredit HSBC sekurangnya di dalam 2 resit untuk tebus Yankee Candle!).

Kalau semua tu aktiviti yang sangat mudah untuk korang menang, apakata korang join sekali peraduaan yang lebih hebat bagi menang Vespa guys!! Caranya korang download aplikasi Sunway Pyramid yang terbaru dalam smartphones canggih korang tu dan boleh join kat sana untuk menang sebuah Vespa edisi terhad. Peraduan terbuka sehingga 28 Mei 2019 nanti.

Untuk yang nak cari inspirasi untuk hadiah raya, fesyen, makam malam atau untuk apa sahaja yang berkaitan raya nanti, jangan lupa tengok sendiri di sini.

Nak tahu info lanjut tentang ni, korang boleh tengok sendiri di website Sunway Pyramid di www.sunwaypyramid.com atau ikuti Sunway Pyramid di Facebook dan juga Instagram. Jom tengok video dari Sunway Pyramid kat bawah ni guys! Style sangat!


Klik di sini untuk lebih banyak gambar raya di Sunway Pyramid!



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas