Connect with us

Oh! Media

Sultan Ibrahim Iskandar Beri Amaran Bubar DUN Jika Ada Lagi Perebutan Kuasa

ohmedia sultan johor beri amaran bubar parlimenjpg

Oh! Negara

Sultan Ibrahim Iskandar Beri Amaran Bubar DUN Jika Ada Lagi Perebutan Kuasa

Nampaknya ahli politik tidak boleh membuat sesuka hati mereka lagi apabila Sultan Johor sendiri iaitu Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku perebutan kuasa lagi.

Perkara ini dinyatakan terus oleh Sultan Ibrahim di dalam Facebook rasminya.

Apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka (wakil rakyat) langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

Saya bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa. Jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta. – Titah Baginda.

Dalam kata lain, sekiranya masih berlaku cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Johor yang baharu, langkah ini akan diambil bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dimahukan.

IKLAN

Baginda turut berharap agar rakyat Johor dapat memilih pemimpin yang betul-betul mahu berkhidmat untuk rakyat dan kebaikan negeri. Bukannya hanya ingin memperjuangan kepentingan parti atau diri sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang rimas dengan sikap ahli politik di Facebook Oh! Media.




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas