Connect with us

Oh! Media

Suit ‘Iron Man’ Pertama Bernilai RM1.2 Juta Dicuri

Umum

Suit ‘Iron Man’ Pertama Bernilai RM1.2 Juta Dicuri


Marvel Cinematic Universe (MCU) kini mempunyai nilainya yang tersendiri. Baru-baru ini, pihak Marvel telah mengumumkan baju perisai yang dipakai Robert Downey Jr dalam filem pertama Iron Man telah hilang dan disyaki dicuri.
 
KOSTUM watak ‘Iron Man’ berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di Los Angeles, semalam.


 
Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April lalu.
Beliau berkata, insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu, namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit.
 
Kemungkinan besar baju ini sedang dijual di pasaran gelap atau pun disimpan di satu lokasi peminat setia Marvel.
 
 
 
 
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas