Connect with us

Oh! Media

‘Suaminya Pergi Meninggalkannya Sehelai Sepinggang Dengan Hutang’

Umum

‘Suaminya Pergi Meninggalkannya Sehelai Sepinggang Dengan Hutang’

 
Sesungguhnya itu sifat wanita itu sememangnya lembut dan lemah. Namun disebalik kelembutan itu tersimpan kecelakan yang sukar digambarkan.

ADVERTISEMENT

Kaum ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Biarpun mengharungi pelbagai dugaan dalam hidup namun tetap gagah berdiri demi anak-anak yang disayangi.

Kisah yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Amirul Akmal menerusi laman sosial Facebook ini menarik perhatian kami untuk dikongsikan.

Bismillah. Nak cerita sikit kisah seorang wanita yang hebat ini.
.
8 bulan dahulu bercerai apabila gaji suami beliau dari RM600 lonjak RM6000. Suaminya pergi meninggalkannya sehelai sepinggang dengan hutang keliling pinggang. Ya Allah, beratnya dugaan beliau.
.
Sekarang beliau seorang diri menampung 9 orang anak. Anak sulung beliau masih belajar di UKM ambil bidang accounting. Happy sangat wajah beliau ketika menceritakan kisah anak-anak beliau. Anak bongsu beliau pula baru berumur 7 tahun. Kuatnya seorang Ibu menghadapi dugaan ini demi anak-anak :'(
.
Saya sendiri menangis melihat beliau. Pilunya hati melihat beliau. Bekerja keras berniaga Putu Piring di tengah panas demi menampung hidup. Kenapa Putu Piring? Itu lah satu-satunya ilmu peninggalan ibu beliau kepada beliau. Ya Allah, gigihnya beliau berniaga mencari duit.
.
Minta bantuan kerajaan? Rasanya tahun hadapan belum tentu dapat bantuan.
.
Jadi saya nak share kepada anda semua sekiranya anda lalu area Bukit Ampang, singgah lah kedai beliau. Beliau selalu bertapak di depan Petronas Taman Permai Jaya, Ampang berhampiran Tasik Tambahan, Ampang. Dekat dengan KK Mart, 7Eleven & 99 SpeedMart.
.
Beli lah Putu Piring beliau. Rasa memang sedap. 1 bekas RM3.00. Ada 6 unit. Saya beli 2 bekas. Beliau bagi RM5.00 sahaja. Ya Allah, semoga rezeki beliau berlimpah-ruah. Beliau seorang ibu yang hebat.
.
Mari lah kita sama-sama bantu beliau. Nasib beliau mungkin kurang baik. Tidak salah kita ubah nasib beliau & anak-anak beliau. Jom kita support business beliau.
.
Share cerita ini & viralkan kisah peniaga ini. Jom kita sama-sama tolong beliau 🙁

KEMPEN PENURUNAN HARGA DI MR.DIY SELURUH MALAYSIA


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas