Connect with us

Oh! Media

Suami Tikam Isteri Sehingga Mati Sebelum Tikam Diri Sendiri

Umum

Suami Tikam Isteri Sehingga Mati Sebelum Tikam Diri Sendiri

Sumber: NewMalaysianPost

Seorang lelaki didapati tergamak menikam isteri sendiri dengan menggunakan pisau pemotong sayur sehingga mati, yang kemudiannya menikam diri sendiri di perut selepas berlaku pertengkaran. Kejadian yang berlaku di Taman Seri Duyong Fasa 2 Melaka itu menggemparkan penduduk dan jiran sekitar.

ADVERTISEMENT

Mangsa dan juga isteri kepada suspek, Samnah Mohamed, 55 tahun itu ditemui terlentang di hadapan rumahnya bersama suami yang turut terbaring selepas menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, empat tikaman ditemui ditemui di badan mangsa termasuk dua di bahagian depan dan dua di belakang.

Suami mangsa yang merupakan bekas anggota tentera laut (mengganggur) kini sedang dirawat di Hospital Melaka.

Afzanizar memberitahu, berdasarkan keterangan anak mangsa, ketika itu dia baru saja keluar dari bilik air sebelum ternampak ibu bapanya terlentang di hadapan rumah.

“Punca pergaduhan mereka belum dapat dipastikan lagi, namun siasatan akan diteruskan dan suspek kini masih dirawat di zon merah.

“Pisau memotong sayur sepanjang 23 sentimeter turut ditemui selain mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan positif dadah jenis syabu dan kes kecurian yang disiasat di bawah 380 Kanun Keseksaan pada Jun lalu.

“Suspek juga pernah menerima rawatan susulan sebagai pesakit mental di Hospital Melaka.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ia betul, kita bersama pasangan pasti akan ada waktu yang akan membuatkan kita tidak sama pendapat yang kadang kala menuju kepada pertengkaran yang amat dahsyat. Diharapkan kita dielakkan dari bersikap kurang siuman seperti ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas