Connect with us

Oh! Media

Isteri Mengandung Mengidam Naik Kereta Honda Jazz, Suami Tekad Curi Satu Untuk Isteri

Umum

Isteri Mengandung Mengidam Naik Kereta Honda Jazz, Suami Tekad Curi Satu Untuk Isteri

Sepanjang pengalaman mengandungkan anak-anak, benda atau makanan apa yang paling diidamkan? Bila kita tanya soal mengidam ni, pasti ada antara mereka yang pernah meminta dan idamkan perkara pelik-pelik. Ada yang nak sangat makan beras mentah, ada yang nak makan arnab bakar lah dan ini semua menjadi tugas seorang suami untuk tunaikannya.

ADVERTISEMENT

Tapi, lain pula ceritanya apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia apabila ada seorang lelaki bernama Adityo Purnomo telah ditangkap polis kerana didapati mencuri sebuah kereta jenis Honda Jazz di Bubakan, Semarang. Haa, dah kenapa sampai curi kereta ni?

Hasil dari siasatan, lelaki yang merupakan seorang suami ini mengaku mencuri kereta terbabit kerana isternya mengidam untuk naik Honda Jazz.

Isterinya tengah hamil dan minta dibelikan Honda Jazz, tapi karena tidak memiliki duit, dia nekad mahu mencuri. Kata pihak polis.

Macam tu pun boleh kan? Tuan punya kereta, Andy Prabowo turut menceritakan bagaimana kejadian ini berlaku dimana pada waktu itu, dia dan keluarga sedang makan di Restoran Lombok Cengis dan kunci keretanya telah dicuri dari atas meja makan semasa dia bangun untuk mencuci tangan.

Pihak polis secara kebetulan sedang lakukan rondaan di kawasan berdekatan dan menjumpai suspek sedang memandu kereta curi dalam keadaan santai. Kesian, tak kesampaian nak tunjuk dengan isteri kereta baru. Untuk para isteri di luar sana, jika anda rasa suami anda tidak mampu, janganlah minta bukan-bukannya. Takut jadi macam ni,huhu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas