Connect with us

Oh! Media

SPRM Cadangkan Pengetahuan Mengenai Rasuah Sebagai Subjek Wajib Sekolah

Umum

SPRM Cadangkan Pengetahuan Mengenai Rasuah Sebagai Subjek Wajib Sekolah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib di sekolah.

ADVERTISEMENT

“Saya sudah berjumpa Menteri Pendidikan dan mengesyorkan supaya subjek rasuah dijadikan subjek wajib dan diadakan peperiksaan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini, hari ini.

“Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi membolehkan lulus peperiksaan.

“Malah ada juga kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas.

“Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit, macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu hari nanti, kerana itu pentingnya didikan awal untuk benci rasuah diterapkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan hingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarkan TI Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas