Connect with us

Oh! Media

Skuad Futsal Negara Mara Ke Final Menentang Thailand

Umum

Skuad Futsal Negara Mara Ke Final Menentang Thailand

Skuad futsal negara mengharungi aksi separuh akhir penuh mendebarkan sebelum meraih kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 bertemu Vietnam pada aksi Kejuaraan Futsal Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Yogyakarta, sebentar tadi.

ADVERTISEMENT

Kemenangan itu membolehkan skuad negara mara ke final bertemu juara bertahan, Thailand sekali gus mengulangi pentas akhir kejuaraan sama pada edisi tahun lalu.

Pada aksi terbabit, Malaysia mendahului menerusi penyudah Azwann Ismail pada babak pertama sebelum Azri Rahman membolehkan skuad negara mendahului dengan 2-0 pada permulaan babak kedua.

Ketika skuad negara berada di ambang kemenangan dengan aksi berbaki 20 saat, taktikal ‘power play’ yang digunakan Vietnam pada lima minit terakhir membuahkan hasil apabila percubaan Nguyen Thanh Tin menerjah gawang untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Aksi final akan berlangsung di Yogyakarta dan balal bertemu pasukan Thailand Ahad ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas