Connect with us

Oh! Media

Singapura Nasihat Tangguhkan Urusan Tidak Perlu Jika Ke Kuala Lumpur Esok

175010779 600x360jpg

Umum

Singapura Nasihat Tangguhkan Urusan Tidak Perlu Jika Ke Kuala Lumpur Esok

Berikutan dengan perhimpunan ICERD yang akan diadakan pada esok, Singapura telah mengeluarkan nasihat kepada rakyatnya untuk menangguhkan urusan yang tidak perlu jika berhasrat ke Kuala Lumpur.

Kementerian Luar Republik itu yang memetik laporan media, berkata, himpunan besar-besaran akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, di Dataran Merdeka pada 8 Dis 2018.

“Petunjuk semasa ialah jumlah hadirin ke himpunan itu mungkin mencecah puluhan ribu. Terdapat juga laporan media mengenai satu lagi perhimpunan besar akan diadakan di Petaling Jaya iaitu di Padang Timur pada hari yang sama.

IKLAN

“Memandangkan himpunan besar atau demonstrasi itu, ada kemungkinan insiden terpencil dan pergaduhan kecil berlaku. Gangguan lalu lintas dan gangguan lain mungkin juga berlaku yang akan memberi impak kepada pelancong,” kata kementerian.

Perhimpunan “kesyukuran” meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka bermula 6 pagi Sabtu ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas