Connect with us

Oh! Media

Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia, Memungkinkan PKP Kembali Terlaksana!

Umum

Sikap Ambil Ringan Rakyat Malaysia, Memungkinkan PKP Kembali Terlaksana!

Berdasarkan pemerhatian kami, semakin lama semakin menjadi-jadi sikap ambil ringan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kesannya dapat kita lihat berlaku peningkatan kes kepada dua angka serta terciptanya beberapa kluster baru. Hal ini telah memaksa kerajaan untuk menjadikan SOP yang sebelum ini dilonggarkan diperketatkan semula, termasuklah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Amnesty Malaysia

Bukan itu sahaja, sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri juga akan memungkin kerajaan mengembalikan semula Perintah Kawalan Pergerakan. Misalnya kumpulan rakyat Malaysia yang tidak melakukan self-quarantine setelah pulang dari luar negara seperti yang disarankan oleh KKM. Macam sebelum ini tular seorang wanita dan seorang lelaki yang dengan selamba makan di kedai makan sedang mereka perlu menjalani kuarantin dirumah. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup koyakkan tag kuarantin berkenaan.

Sumber gambar dari MalaysiaKini

Korang bayangkan jika PKP ini dilaksanakan semula, ekonomi negara kita akan kembali mundur, bahkan lebih teruk, majoriti rakyat Malaysia akan kembali kehilangan pekerjaan serta tiada lagi punca pendapatan buat peniaga-peniaga kecil. Ini kerana satu hari PKP dilaksanakan, negara kehilangan pendapatan berbilion ringgit. Itu dari segi ekonomi, dari segi penjagaan kesihatan pula kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukkan untuk mengawal penularan berkenaan sedang ketika itu kerajaan sendiri hilang punca pendapatan.

Sumber gambar dari Kita Jaga Kita

Akhir kata, segalanya bermula dari kita kerana #kitajagakita . Terpulang pada kita sama ada untuk mencegah atau sebaliknya. Harus diingat, tempat-tempat seperti mall dan hypermarket dibuka bukan kerana tempat itu selamat, tetapi atas faktor ekonomi. Oleh itu, sentiasalah untuk patuh pada SOP yang ditetapkan.

OHMEDIA: HANYA KITA YANG MAMPU UBAH KEADAAN KEMBALI MENJADI NORMAL.


+ Baca respon pembaca kemungkinan PKP kembali di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas