Connect with us

Oh! Media

Netizen Persoal Sumbangan Daripada Golongan Artis, Shuib Tampil Leraikan Salah Faham

Oh! Artis

Netizen Persoal Sumbangan Daripada Golongan Artis, Shuib Tampil Leraikan Salah Faham

Baru-baru ini, seorang pelawak iaitu Shuib Sepahtu memuatnaik satu posting di Instagramnya, @shuibsepahtu untuk meleraikan salah faham diantara netizen terhadap beberapa rakan artisnya seperti Black, Achey dan Tomok berkaitan dengan bantuan daripada pihak kerajaan untuk penggiat seni.

ADVERTISEMENT

Shuib berkata mereka masih mampu untuk meminta bantuan khas kerana penggiat anak seni lain terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan diadakan. Shuib juga menjelaskan tentang sumbangan daripada golongan artis menerusi videonya itu.

Saya mahu meleraikan salah faham semua mengenai Black, Tomok dan Achey yang mohon kerajaan mewujudkan bantuan khas bagi golongan artis. Ramai netizen tak puas hati dan menghentam. Sebenarnya mereka mahu memperjuangkan golongan penggiat seni yang terjejas, inilah masanya membantu sesama artis. Kami ada membantu, tetapi tidak dihebohkan. Mereka sebenarnya membuat kenyataan mewakili artis veteran dan penggiat seni seperti pengarah, penulis skrip, jurusolek dan kru produksi yang terjejas. Ada yang mempersoalkan, apa sumbangan golongan penggiat seni kepada negara hingga kerajaan perlu mengeluarkan bantuan khas membantu mereka. Sebelum ni, artislah yang menghiburkan korang. Takkan tiada sedikitpun jasa penyanyi, pelakon dan pelawak yang boleh dikenang? Begitu juga sumbangan pengarah dan penulis skrip dalam menghasilkan produk drama dan filem untuk tontonan masyarakat.

Sekarang ni memang kecoh di media sosial tentang sumbangan dan bantuan kerajaan untuk golongan artis. Korang rasa mereka layak tak untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan ni? Kebanyakannya ramai orang berpendapat bahawa mereka tidak perlu untuk mendapat bantuan khas tau.

OHMEDIA: PENING DENGAN ORANG MALAYSIA NI. MACAM-MACAM DRAMA!

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca bagi pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas