Connect with us

Oh! Media

Serpihan Setelit India Yang Ditembak Musnah Beri Bahaya Baru di Angkasa

Umum

Serpihan Setelit India Yang Ditembak Musnah Beri Bahaya Baru di Angkasa

Kerajaan India sebelum ini ada memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menembak dan memusnahkan setelit yang berada di angkasa dan menurut NASA, tindakan itu akan menghasilkan lebih 400 serpihan orbital yang akan memberikan bahaya baru kepada angkasawan di Stesen Angkas Lepas Antarabangsa (ISS).

“Apa yang kami kesan ketika ini ialah objek yang cukup besar untuk dikesan, kita bercakap mengenai serpihan berukuran 10 sentimeter atau lebih, kira-kira 60 kepingan sudah dikesan,” kata Pentadbir NASA, Jim Bridenstine.

Satelit India dimusnahkan pada altitud agak rendah iaitu 180 kilometer di bawah ISS dan kebanyakan satelit pada orbit. Namun katanya, 24 serpihan ‘berada di atas apogi ISS.’

IKLAN

Tentera AS mengesan objek di angkasa lepas untuk meramalkan risiko pertembungan ISS dan satelit. Ketika ini mereka mengesan 23,000 objek bersaiz lebih besar daripada 10sm.

Walaubagaimanapun, kebanyakan serpihan akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas