Connect with us

Oh! Media

Serangan Terbesar Israel di Syria Korbankan 11 Tentera Rejim Syria

Umum

Serangan Terbesar Israel di Syria Korbankan 11 Tentera Rejim Syria

Sekurang-kurangnya 11 tentera rejim Syria termasuk dua orang awam dilaporkan terbunuh selepas serangan Israel yang mengena beberapa sasaran di negara itu, malam semalam.

ADVERTISEMENT

Tentera Israel berkata, pihaknya mensasarkan beberapa kemudahan tentera di Iran yang terletak di negara itu selepas beberapa jam memintas sebuah roket dilancarkan dari wilayah Syria.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menyatakan ia adalah serangan paling dahsyat dilancarkan tentera Israel ke atas Syria sejak Mei lalu.

“Serangan Israel mensasarkan kedudukan tentera Syria dan Iran terletak berhampiran selatan Damsyik yang membunuh 11 tentera rejim termasuk dua penduduknya,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Katanya, sasaran itu termasuk stor menyimpan senjata milik pergerakan Syiah Lubnan dan pejuang Hizbullah dan Iran.

Sumber: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas