Connect with us

Oh! Media

Serangan Roket Israel Telah Korbankan 19 Rakyat Palestin di Gaza

Umum

Serangan Roket Israel Telah Korbankan 19 Rakyat Palestin di Gaza

Terkini, seramai 23 orang telah didapati maut dalam serangan roket tentera Israel dan pejuang Hamas yang terdiri daripada 19 orang penduduk Palestin dan 4 lagi penduduk Israel.

ADVERTISEMENT

“Secara keseluruhannya, 19 rakyat Palestin terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel ke wilayah berkenaan,” kata Kementerian Kesihatan wilayah itu.


Tentera Israel dalam satu kenyataan pula mengatakan sekurang-kurangnya sembilan daripada mangsa yang terbunuh adalah pejuang yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad.

Sementara itu, kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan berkata, serangan Israel menyasar ibu pejabat keselamatan dalam negeri di wilayah Palestin.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas