Connect with us

Oh! Media

Seramai 345 Penyokong Tegar Harimau Malaya Terbang Ke Hanoi

Umum

Seramai 345 Penyokong Tegar Harimau Malaya Terbang Ke Hanoi

AirAsia hari ini telah meneruskan kesinambungan menghadapi kehangatan Final Piala AFF Suzuki di antara Malaysia menentang Vietnam dengan memberikan penerbangan khas buat penyokong Harimau Malaya ke Hanoi.

ADVERTISEMENT

AirAsia mengambil inisiatif bagi membolehkan penyokong tegar negara, Ultras Malaya ‘menggegar’ Stadium My Dinh Hanoi malam esok agar pemain ke-12 negara dapat terus memberikan suntikan semangat bagi menghadapi Naga Emas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan), Bo Lingam berkata, “Inisiatif ini berdasarkan semangat kepada pasukan negara dan kami membantu mereka melontarkan sokongan memandangkan kita memiliki sumber yang boleh digunakan.

“AirAsia dan sukan sememangnya tidak dipisahkan jadi atas dasar ini juga kita gembira untuk memberi peluang ini khususnya kepada penyokong di belakang tabir yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Penerbangan Khas Ultras Malaya bersama AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.

Untuk rekod, penerbangan khas kali ini menerbangkan seramai 345 penyokong tegar Harimau Malaya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas