Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Sanggup Berikan RM72,999 Hanya Untuk Lakukan Pinjaman RM5,000

Umum

Seorang Lelaki Sanggup Berikan RM72,999 Hanya Untuk Lakukan Pinjaman RM5,000

Macam-macam cara dan teknik penipuan yang digunakan scammer dalam memperdayakan mangsanya. Terbaru, seorang mangsa dikatakan sanggup membayar sehingga RM72,999 hanya untuk meminjam sejumlah RM5,000 kepada satu sindiket pinjaman.

ADVERTISEMENT

Mangsa, lelaki yang berusia 39 tahun itu menyedari ditipu selepas membuat 47 kali transaksi bagi memasukkan wang berkenaan dalam 14 akaun sejak Mei tahun lalu sehinnga tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula pada Mei tahun lalu apabila mangsa melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.

“Mangsa yang tidak bekerja itu mengisi maklumat diperlukan sebelum dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Miss Kriss dari Syarikat EZ Enterprise Moneylender.

“Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang sebanyak RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi mendapatkan pinjaman berkenaan mangsa diminta membuat pelbagai bayaran yang dianggarkan RM72,999 membabitkan 47 transaksi ke dalam 14 akaun.

“Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.

“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa menggunakan duit simpanannya dan meminjam wang daripada keluarga serta rakannya untuk membayar wang memproses permohonan pinjamannya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas