Connect with us

Oh! Media

Seorang Ibu Terkejut Dengan Tindakan Seorang Guru Keatas Anaknya Yang Istimewa!

Umum

Seorang Ibu Terkejut Dengan Tindakan Seorang Guru Keatas Anaknya Yang Istimewa!

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Daily Mail

Kejadian ini dilaporkan berlaku di di Washington, Amerika Syarikat dimana seorang guru bertindak meletakkan pelajar autisma nya di tandas sekolah. Namun tindakannya itu dibuat selepas diberitahu oleh ibu pelajar berkenaan bahawa anknya perlu belajar dalam keadaan senyap.

Namun tindakan guru berkenaan membuatkan ibu pelajar berkenaan terkejut kerana tidak menyangka bahawa guru berkenaan akan berbuat sedemikian.

“Saya amat terperanjat dan mengambil gambar anak kerana tidak percaya apa yang dilakukan oleh guru itu,” kata Danielle Goodwin, ibu kepada pelajar berkenaan.

Dipetik dari Harian Metro, anak-kanak itu, Lucas Goodwin, 11, yang turut mempunyai penyakit autoimun dimalukan oleh guru Sekolah Rendah Whatcom apabila bertindak memindahkan meja belajarnya ke situ.

Jelas ibu pelajar berkenaan, beliau amat kecewa dengan tindakan guru berkenaan kerana ia bukan tindakan yang sesuai.

Sumber: Harian Metro

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas