Connect with us

Oh! Media

Seorang Ibu Lahirkan Anak Kembar Selepas 26 Hari Lahirkan Anak Pertama

Umum

Seorang Ibu Lahirkan Anak Kembar Selepas 26 Hari Lahirkan Anak Pertama

Gambar sekadar hiasan

Siapa sangka seorang wanita mampu melahirkan bayi kembar dalam keadaan sihat selepas 26 hari bersalin anak pertama yang lahir dalam keadaan pra matang.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Bangladesh ini telah mengejutkan doktor apabila Arifa Saultana yang berusia 20 tahun melahirkan seorang bayi lelaki, bulan lalu, menerusi kaedah semula jadi, namun doktor terlepas kewujudan uterus kedua.

“Beliau tidak sedar bahawa masih mengandungkan sepasang bayi kembar. Air ketuban beliau pecah lagi pada hari ke-26, selepas bayi pertama dilahirkan,” kata pakar sakit puan, Sheila Poddar.

Bayi kembar lelaki dan perempuan itu dalam keadaan sihat dan tiada komplikasi dialami oleh ketiga-tiga bayi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas