Connect with us

Oh! Media

Seorang Bapa Persoal Kewajaran Larangan Penggunaan Beg Jenama Barangan Elektrik Sebagai Beg Sekolah!

Umum

Seorang Bapa Persoal Kewajaran Larangan Penggunaan Beg Jenama Barangan Elektrik Sebagai Beg Sekolah!

Sumber gambar dari Sinar Harian

Hangat di media sosial tentang seorang bapa yang mempertikai kewajaran guru disiplin melarang penggunaan beberapa jenis beg di sebuah sekolah khususnya beg laptop yang berjenama barangan elektrik. Bapa pelajar berkenaan turut mempersoal adakah beg berkenaan menjejaskan keselamatan atau mengancam nyawa guru disiplin sekolah berkenaan.

ADVERTISEMENT

Dalam surat berkenaan turut menjelaskan guru berkenaan dilihat mempunyai masalah dengan compartment dalam beg berkenaan. Mungkin kerana terlalu banyak compartment, sukar untuk guru disiplin berkenaan untuk melakukan spot check bagi tujuan keselamatan. Namun bapa berkenaan berkata sekiranya spot check itu perlu, maka lakukanlah tapi jangan menyusahkan mereka sebagai ibu bapa untuk membeli beg baru.

Bapa berkenaan turut menyatakan beg-beg berkenaan diperolehi secara percuma setelah membeli barangan elektrik. Katanya lagi, beg-beg berkenaan sangat berkualiti dari beg sekolah biasa dan boleh bertahan sehingga 5 tahun jika dijaga dengan baik. Sekaligus ini menjimatkan perbelanjaan mereka sebagai ibubapa setiap kali musim sekolah bermula awal tahun.

Beliau menyambut baik larangan berkenaan sekiranya guru berkenaan memperuntukan beg percuma kepada 2,900 pelajar disekolah berkenaan memandangkan gaji guru berkenaan besar. Oleh yang demikian, beliau juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Hulu Langat untuk pantau arahan guru berkenaan yang dilihat menyusahkan ibu bapa pelajar.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas