Sebelum korang nak kemana-mana pastikan untuk elak kawan-kawasan ini dulu sebab kerja-kerja pembasmian kuman pun masih ada yang sedang dijalankan. Ini adalah senarai lokasi pada hari ini yang disahkan terdapat kes positif COVID-19;
PEJABAT
Ibu pejabat Proton, Shah Alam, Selangor
Setelah seorang pekerja didapati positif pada 14 Oktober, pihak Proton telah mengeluarkan memo menyatakan bahawa terdapat lagi lapan kes lain telah dikenal pasti sejak kes itu.
Menurut memo dari Proton, semua pekerja dari jabatan yang terlibat telah diminta untuk bekerja dari rumah dan mengkuarantin diri selama 14 hari, serta menjalani ujian swab.
KEDIAMAN
Taman Seri Aman, Anak Bukit, Kedah
Seorang penduduk di sini telah didapati positif COVID-19 semalam, menurut Jabatan Kesihatan Kedah.
BSP21 Condominium, Bandar Saujana Putra, Selangor
Seorang penduduk di Blok J, Tingkat 23 telah diuji positif COVID-19 pada 17 Oktober. Kerja-kerja pembasmian kuman telah dilakukan di kawasan tersebut, menurut pihak pengurusan.
Taman Pulai Flora, Skudai, Johor
Seorang pelajar yang tinggal di kawasan perumahan Taman Pulai Flora telah disahkan positif COVID-19 pada 15 Oktober. Dikatakan pelajar tersebut adalah kontak rapat kepada suami saudaranya yang pernah berkunjung ke rumahnya itu, juga disahkan positif COVID-19.
Saville @ The Park, Bangsar, Kuala Lumpur
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah mengesahkan bahawa salah seorang penduduk di kondominium itu telah disahkan positif COVID-19.
H2O Residences, Ara Damansara, Selangor
Pihak pengurusan kediaman telah mengeluarkan notis pada 19 Oktober bahawa terdapat lagi penghuni didapati positif COVID-19.
Penghuni tersebut dikatakan berkongsi unit bersama penghuni pertama yang disahkan positif pada 15 Oktober dan telah dikuarantin.
Menara Maxwell, Petaling Jaya
Pihak pengurusan telah mengesahkan bahawa seorang penduduk telah didapati positif COVID-19. Ahli keluarganya yang lain telah menjalani ujian dan pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.
Residensi PandanMas, Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan telah mengesahkan bahawa salah seorang penghuninya didapati positif COVID-19. Kerja-kerja pembasmian kuman telah pun dilakukan.
SEKOLAH
SK Tanah Kebun, Parit Buntar, SMK Aminuddin Baki, Chemor dan SK Klebang Jaya, Ipoh
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Awam Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah-sekolah tersebut telah diperintahkan untuk ditutup selama tujuh hari hingga 25 Oktober kerana terdapat kes positif COVID-19 di kalangan pelajarnya. Namun, angka sebenar kes tidak menyatakan oleh beliau.
SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka
Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Mohd Azam Ahmad mengarahkan penutupan sekolah selama tujuh hari dari 19 Oktober hingga 25 Oktober setelah terdapat kes COVID-19 di kawasan sekolah. Jumlah bilangan kes tidak dinyatakan oleh beliau.
Ingat ya korang, pandemik COVID-19 masih belum berakhir dan mungkin akan berlarutan sampai tahun depan. Jadi jangan terlalu leka dan sentiasalah patuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan. #KitaJagaKita
Kredit: Malaysiakini