Connect with us

Oh! Media

Semua Orang Nak Jadi JDT, Tetapi Gagal – TMJ

Mael25transformedjpg

Umum

Semua Orang Nak Jadi JDT, Tetapi Gagal – TMJ

Pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim, JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim melihat segelintir pasukan negeri lain sebagai menyedihkan apabila ingin ‘meniru’ apa yang dilakukan JDT, tetapi gagal kerana tidak mengutamakan perkara yang sepatutnya diutamakan.

“Semua orang nak jadi JDT dan semua nak buat apa yang JDT buat. Tetapi perkara pertama yang saya buat adalah tambah baik padang.

“Kenapa? Sebab di sinilah (padang) orang bermain bola sepak di atas padang. Tetapi sedih (apabila) orang lain tukar papan diod pancaran cahaya (LED), tukar bangku pemain simpanan dengan kerusi kereta macam kita, semua nak buat.

IKLAN

“Sepatutnya benda pertama orang tukar ialah padang. Apapun, ini semuanya adalah mindset dan kalau kita tak tukar mindset, kita takkan berjaya,” kata Tunku Ismail menerusi satu video di laman Johor Southern Tigers.

Walaubagaimanapun, Tunku Ismail masih melihat JDT perlu ditambah baik dari beberapa aspek walaupun kini telah memiliki pelbagai kemudahan bertaraf dunia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas