Connect with us

Oh! Media

Semangat Ukhuwah Di Kalangan Melayu Semakin Lemah – Sultan Nazrin

Umum

Semangat Ukhuwah Di Kalangan Melayu Semakin Lemah – Sultan Nazrin

Melayu kini dilihat semakin hanyut dek kerana mengejar dan berlumba untuk mendapatkan kebendaan. Jati diri semakin lemah dan semangat ukhuwah dalam kalangan umat Melayu hari ini turut semakin terhakis.

ADVERTISEMENT

Ini merupakan apa yang dilihat sendiri oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bertitah, selama ini agama Islam berjaya menyatukan umat Melayu dan membina ukhuwah sehingga muncul sebagai umat yang kuat, namun hari ini ia sedang mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

Tintah baginda, budaya berpolitik yang berlaku di bumi warisan bangsa ini telah menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah, menganjurkan pemikiran yang lebih mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan, daripada kepentingan menerima kebenaran.

“Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri.

“Ibnu Khaldun, meninggalkan catatan mengenai peristiwa perpecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, hingga mengakibatkan kejatuhan tamadun dan pemerintahan Islam,” tintah baginda.

Tambah baginda, aspek-aspek kejayaan dan keagungan Kesultanan Melaka pada zaman silam sebagai pusat perdagangan, kebudayaan dan penyebaran agama Islam haruslah dijadikan sebagai unsur penggalak untuk mencapai kecemerlangan masa hadapan.

“Bagaimanapun terdapat titik-titik hitam dalam sejarah Melaka yang harus direnungi bersama agar ia tidak berulang,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas