Connect with us

Oh! Media

Selepas Vivo, Huawei Kini Tampil Dengan Kamera Pop Up

Umum

Selepas Vivo, Huawei Kini Tampil Dengan Kamera Pop Up

ADVERTISEMENT
Selepas melancarkan peranti Huawei P30 dan Huawei Nova 4, kini Huawei akan melancarkan peranti terbaru mereka, iaitu Huawei Smart Z yang dijangka akan dilancarkan pada 18 Jun. Tidak mahu ketinggalan, Huawei mendatangkan peranti ini dengan ciri khas, iaitu kamera pop up untuk bahagian hadapan sama seperti Vivo V15. Walaubagaimanapun, peranti ini adalah untuk pasaran Sepanyol dan Itali, belum ada khabar angin akan dipasarkan di Malaysia.

Selain kamera, terdapat ciri lain yang turut ditampilkan. Seperti yang kita tahu, Huawei kebiasaanya akan memberikan pilihan warna cerun pada setiap peranti mereka. Kali ini, pilihan warna yang tidak cerun diperkenalkan. Pilihan warna tersebut didatangkan dengan warna Hitam, Biru dan Hijau.

Antara spesifikasi lain yang didatangkan ialah, ia mempunyai skrin sebesar, 6.59 inci, kamera belakang dual-lensa dengan lensa utama 16MP f/1.8 dan sensor kedalaman 2MP f/2.4. Telefon ini dikuasakan oleh chipset Kirin 710F octa-core dan 4GB RAM, memori dalaman sebesar 64GB, slot kad microSD, bateri 4,000mAh, pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, dan ia berjalan Android 9 Pie dengan antara muka EMUI 9 Huawei.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas