Connect with us

Oh! Media

Selepas 10 Tahun, Khazanah Rugi Pertama Kali Sebanyak RM6.3 Billion

Umum

Selepas 10 Tahun, Khazanah Rugi Pertama Kali Sebanyak RM6.3 Billion

rekod kerugian sebelum cukai Khazanah Nasional Berhad dicatatkan pada RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya sekaligus menyaksikan kerugian pertama yang dicatat Khazanah dalam tempoh 10 tahun. Keuntungan Khazanah terjejas disebabkan penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividen dan rosot nilai yang tinggi kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

“Rosot nilai direkodkan pada RM7.3 bilion pada 2018, meningkat RM5 bilion berbanding 2017,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

Menurut beliau, pada 2018, kerajaan memulakan pelan penstrukturan dan penyusunan semula Khazanah termasuk menukar kepimpinan dan Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan. Susulan itu, Khazanah turut menyemak dan menilai semula pelaburan cabang pelaburan kerajaan itu.
“Perubahan ini diterjemahkan kepada prestasi kewangan Khazanah pada 2018,” kata beliau lagi.

Nilai portfolio Khazanah Nasional Berhad turun 21.6 peratus kepada RM91 bilion setakat 31 Disember 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

ADVERTISEMENT
Kerajaan sebelum ini berdepan kritikan ekoran tindakan menjual beberapa aset strategik Khazanah yang dilihat akan merugikan syarikat strategik negara itu dalam jangka masa panjang dan pendek.  
“Prestasi kami bagi 2018 terjejas disebabkan beberapa perkembangan ekonomi dan sosial semasa global dan domestik.
Bagi 2019, Khazanah akan memberi tumpuan kepada mengimbangkan kembali strategi portfolio dan mengukuhkan kedudukan kewangan. Aspek berkenaan termasuk memberi tumpuan kepada aset strategik seperti lapangan terbang di bawah Malaysia Airports, konsesi lebuhraya di bawah PLUS serta Malaysia Airlines.
Sumber : New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Youtube Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas