COVID-19
‘Sekatan Jalan Raya Akan Dibuat Sama Seperti PKP Awal Mac Lalu’ – Timbalan Ketua Polis Negara
Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada tengah malam ini.
Menurut Berita Harian, polis akan mengadakan sekatan jalan raya dekat beberapa tempat di negeri terbabit dengan pelaksanaan yang dibuat. Jadi, bagi sesiapa yang tiada urusan penting diluar, Ohmedia harap korang duduklah seelok-eloknya dirumah sahaja sehinggalah PKPB ini berakhir nanti.
