Connect with us

Oh! Media

Sebuah Lagi Masjid Cuba Dibakar Individu Tidak Dikenali

Umum

Sebuah Lagi Masjid Cuba Dibakar Individu Tidak Dikenali

Apa yang terjadi sebenarnya? Kami di Ohmedia cukup hairan apabila sebuah lagi masjid di Alor Setar, Kedah dilaporkan dibakar beberapa individu tidak dikenali dan untuk pengetahuan korang, ini merupakan kejadian kali ketiga yang melibatkan tiga masjid.

ADVERTISEMENT

Perbuatan yang dilihat sebagai khianat itu, berlaku pula di Masjid Tok Keling, Alor Mengkudu di mana cubaan membakar itu dilakukan di bahagian tingkap masjid. Walaubagaimanapun, bernasib baik kerana hanya bahagian kompresor penghawa dingin yang rosak setelah disambar api.

Kedudukan Masjid Tok Keling hanya dua kilometer dari dua lagi masjid yang dilaporkan terjejas dalam kejadian serupa semalam. Kita sudah menghantar anggota Unit Forensik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedai, Datuk Zainuddin Yaacob.

Sekarang, hanya seorang suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan disyaki meneruskan perbuatan ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas