Connect with us

“Saya Kini Hilang Tempat Bergantung” – Luah Isteri Mangsa Pemandu Mabuk

Umum

“Saya Kini Hilang Tempat Bergantung” – Luah Isteri Mangsa Pemandu Mabuk

Semalam Ohmedia ada kongsi mengenai seorang lelaki yang maut dirempuh pemandu mabuk sewaktu pulang mmebuat food delivery yang dijual oleh isterinya. Hari ini isteri kepada mangsa berkenaan meluahkan perasaan setelah kehilangan suami yang disayanginya. Jelas Zahlawati Zahlan, beliau tidak memaafkan perbuatan pemandu mabuk berkenaan kerana baginya nyawa tidak boleh diganti dengan wang.

Jelas beliau lagi, kini dia hilang arah dan tempat bergantung setelah kematian suaminya itu. Kerana semasa arwah hidup, dia melakukan semua pekerjaan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan temasuklah membuat penghantaran makanan yang dijual isterinya sendiri selain menanggung keempat-empat anak tirinya. Tegas Zahlawati, kerajaan perlu mempercepatkan pindaan undang-undnag terhadap pemandu mabuk bagi mengelakkan ramai lagi menjadi mangsa.

Sumber gambar dari Careta

Menurut cerita Zahlawati, suaminya itu pergi menghantar makanan dirumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Lebih kurang jam 1.30, beliau cuba untuk menghubungi suaminya sebanyak lima kali namun gagal. Pada panggilan keenam ia dijawab oleh orang awam yang memaklumkan bahawa suaminya terlibat kemalangan. Sampai di tempat kejadian dia mendapati bahawa suaminya sudah tidak lagi bernyawa.




OHMEDIA: HARAP BALU ARWAH MENDAPAT PEMBELAAN DAN KADILAN YANG SEWAJARNYA BERDASARKAN LUNAS UNDANG-UNDANG DAN SEDIA ADA SERTA MEMBERI HUKUMAN YANG LEBOH BERAT BAGI PESALAH PEMANDU MABUK BERKENAAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca luahan isteri mangsa pemandu mabuk di Facebook Oh! Media



Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top