Connect with us

Oh! Media

Saya Bukan Patung, Titah Sultan Johor Tentang Pembelian Perkakasan Tentera

Ohmedia ggk 2png

Umum

Saya Bukan Patung, Titah Sultan Johor Tentang Pembelian Perkakasan Tentera

Sumber: Google

Hari ini dalam kiriman Facebook DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Baginda mengkritik mengenai penjualan perkakasan tentera yang tidak masuk akal oleh sesetengah pihak.

Baginda bertitah dalam nada tegas, Baginda sentiasa memerhati, mengambil tahu dan mengikuti perkembangan Kor Gerak Khas memandangkan Baginda sendiri adalah Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK).

Baginda bertitah menegur pihak Komando agar tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal secara bulat-bulat.

IKLAN

“Saya juga perhatikan ada bekas-bekas Jeneral bersara menjadi ejen menjual perkakasan tentera kepada komando dengan harga tidak masuk akal. Sebagai contoh, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit, Harga ini tidak munasabah dan selepas saya campur tangan, saya berikan komando bot lebih baik serta menjimatkan kerajaan,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Baginda sedar akan tindakan Baginda mencampuri urusan pembelian perkakasan tentera akan membuatkan sesetengah pihak berasa tidak senang yang ingin mengaut keuntungan sebagai orang tengah.

“Jika saya tidak campur tangan dalam hal ini, siapa yang akan untung berjuta ringgit”, titah Baginda Tuanku Sultan.




Sumber : Kiriman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas