Connect with us

Oh! Media

(Penjelasan Sebenar) Sambungan Video Amukan Gadis Myvi Di Shah Alam

Umum

(Penjelasan Sebenar) Sambungan Video Amukan Gadis Myvi Di Shah Alam

Tengahari tadi Oh! Media ada berkongsi video sekumpulan wanita yang mengamuk di Shah Alam. Video dengan durasi 1:02 minit itu melihatkan perlanggaran antara 2 buah kereta iaitu Myvi dan juga Teksi dipandu Azmi Mat Mokhtar, 54. Berikut adalah videonya.

ADVERTISEMENT

Amukan Puaka Secara Berjemaah
Tu diaa.. Perempuan zaman sekarang garang-garang sungguh. Kejadian berlaku di Shah Alam. Apalah sebabnya ya melenting sampai macam tu sekali.Psst: Nah pergi beli tudung – http://bit.ly/ohmedia1
Posted by Oh! Media on Monday, March 30, 2015

Maklumbalas lain yang kami terima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan wanita tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku. Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai.

Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Berikut adalah video dari lensa kumpulan wanita tersebut.

Berikut pula adalah gambar-gambar kecederaan yang dialami kumpulan wanita tersebut.

Dikatakan pemandu Teksi terbabit telah melepaskan marah dengan cara kekerasan. Mungkin tindakan pemandu Teksi tersebut juga berpunca dari perkataan dan tindakan yang dilakukan kumpulan terbabit.

Pengirim bercerita lanjut mengatakan ketika di Balai Polis, bapa kepada beradik tersebut datang selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu Teksi tersebut sehingga cedera di muka (gambar di bawah).

Apapun semua ini adalah melalui apa yang dilaporkan kepada Oh! Media semata-mata. Kejadian sebegini bukan pertama berlaku. Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada Kiki (CDM) dan steering lock keretanya. Kali ini datang satu lagi. Apapun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun. Apapun memandangkan kes ini telah menjadi kes polis, biarlah pihak Polis yang menyelesaikannya.

Jadi apa pandangan anda tentang apa yang berlaku ini?

UPDATE: (Video) Penjelasan dari Pemandu Teksi Dan Bapa Gadis Myvi

Jom Ke Hari Kraf Kebangsaan!

#HKK2015 Moh La Kita!!
Aduh, comelnya dua-dua ni. Hehe! Untuk makluman semua, Hari Kraf Kebangsaan sedang berlangsung dari 26 Mac hingga 7 April 2015 ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Yana Samsudin juga akan berada di #HKK2015 pada 5 April nanti. So sila bookmark awal-awal dalam kalendar phone korang tau?!!
Posted by Oh! Media on Tuesday, March 31, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas