Connect with us

Oh! Media

Saman RM500 Terhadap Perokok Bagi Kesalahan Pertama

20181217015706jpg

Umum

Saman RM500 Terhadap Perokok Bagi Kesalahan Pertama

Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata saman itu akan dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

“Bagi kesalahan kali pertama, perokok akan dikenakan saman oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar saman itu dalam tempoh dua minggu.

IKLAN

“Sekiranya saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut atau perokok yang didapati mengulangi kesalahan yang sama, mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas