Connect with us

Oh! Media

Salam Browser – Internet Browser ‘Halal’ Pertama Di Dunia

Branded

Salam Browser – Internet Browser ‘Halal’ Pertama Di Dunia

Kalau soal pemakanan kita sentiasa mengutamakan makanan yang halal, juga menonton TV pula kita tak mahu adanya kandungan yang tidak sedap mata memandang, bagaimana pula dengan pengalaman kita apabila melayari internet menggunakan browser sedia ada?

Adakah browser yang sedang anda pakai ketika ini mampu menapis segala perkara yang anda tidak mahu lihat? Adakah ianya mampu menapis sebarang iklan berkaitan arak, pornografi, perjudian, dan sebagainya dari dipaparkan kepada anda, dan keluarga? Kata lainnya, adakah browser yang sedang anda pakai ketika ini dikategorikan sebagai ‘halal’ browser?

Hari ini Oh! Media nak berkongsi tentang satu browser yang buat pertama kalinya mampu memberikan pengalaman lebih positif ketika melayari internet. Memperkenalkan SALAM BROWSER – browser ‘halal’ pertama di dunia. Fungsi asalnya adalah mengelakkan sebarang kandungan yang bertentangnya dengan syariah Islam apabila anda melayari internet.




Samaada anda sedang Googling, bermain Facebook, atau menonton video di Youtube, browser ini mampu mengelakkan sebarang ‘click bait’ pada iklan, post, atau video yang mempromosikan tentang judi, pornografi, malware, dan sebarang perkara lain yang memberi impak negatif kepada anda (seorang muslim) dan juga mengelakkan anda dari terjerat dengan sebarang scam yang terlalu banyak wujud pada masa kini.

Dengan lebih 1.6 billion Muslim di seluruh dunia, kemunculan browser seperti ini memang tepat pada masanya untuk menzahirkan ummah yang melayari internet tanpa melakukan sesuati yang terlarang tanpa disedari kerana terlalu banyakkan faktor negatif yang wujud ketika anda sedang melayari internet.

Mentor bagi Salam Browser, Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin mengatakan bahawa kewujudan Salam Browser ini untuk menzahirkan kebebasan internet tanpa perlu risau dengan apa yang dihidangkan.

“Motif Salam Browser dicipta adalah untuk menggalakkan kebebasan penggunaan Internet untuk mengembangkan pengetahuan tanpa perlu bimbang tentang ancaman yang boleh menjejaskan kepercayaan dan nilai-nilai agama seseorang. Kami hanya menyediakan alat mudah untuk dapat mengelakkan kandungan yang mungkin menyinggung perasaan atau lebih teruk lagi, – memerangkap mereka”.

Apabila ditanya adakah beliau bersetuju dengan pandangan internet adalah percuma maka anda tidak berhak bersuara ke atas apa yang dihebahkan, beliau menjawab;

“Kami tak setuju dengan sikap yang mengatakan internet adalah percuma, maka anda tidak berhak bersuara ke atas apa kandungan yang ditunjukkan di atas talian. Ini seperti bersetuju dengan program penyiaran di TV yang memaparkan program dewasa serta perjudian tanpa kebenaran walaupun ketika anda sedang menonton National Geographic ataupun berita. Salam Browser akan memastikan anda boleh melayari internet tanpa perlu rasa risau dengan sebarang kandungai NSFW. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa ketika anda berada di atas talian, tetapi juga turut melindungi anda dari pencerobohan privasi, penipuan, dan ancaman malware yang menguntungkan pihak tertentu.”

Kami ringkaskan kepada 3 sebab kenapa Salam Browser mampu memberi impak yang positif kepada pengalaman anda ketika melayari internet setiap hari.

1. Menyekat sebarang iklan & kandungan yang tidak sesuai

Banyak iklan mengganggu keupayaan melayari dan menggunakan teknik spam untuk mendapatkan klik dari kita. Ia juga adalah perkara biasa untuk memaparkan iklan dengan tajuk yang mengelirukan, iaitu dikenali sebagai ‘clickbaits’, yang menarik pengguna untuk klik pada iklan mereka terutamanya dengan kandungan banyak yang mendedahkan pengguna kepada penipuan kewangan, perubatan palsu, malware atau ancaman lain yang berpotensi boleh mengganggu masyarakat Islam dari niat asal mereka untuk mencari ilmu dan kandungan yang sesuai di Internet.

Contoh iklan yang memaparkan iklan duit cepat dan ubatan palsu yang disekat oleh Salam Browser.

Salam Browser melindungi pengguna daripada iklan yang dipersoalkan dan penipuan melalui spam-blocker terbina, yang mampu untuk membezakan antara laman web yang menggunakan pop-up dengan betul atau sebaliknya. Ia juga mampu menapis hasil carian dan menghalang pengguna daripada melihat mana-mana ‘clickbaits’ yang tidak sepatutnya.

Contoh clickbaits di Facebook. Salam Browser membolehkan anda melihat summary dan video tanpa perlu meninggalkan Timeline.

2. Melindungi privasi dalam talian.

VPN terbina untuk memaparkan contenet yang disekat kerana lokasi pengguna yang berbeza.

Salam Browser didatangkan dengan VPN (Virtual Private Network) percuma supaya IP dan lokasi anda tidak terdedah kepada sebarang website yang tidak bertanggungjawab. Ini membolehkan anda lebih payah untuk dijejaki ketika berada di dalam talian. Secure online di Salam Browser akan ditandakan dengan ‘https’ hijau di hadapan bahagian URL yang membawa maksud anda sedang melayari website tersebut dengan selamat. Fungsi ini sangat berguna apabila anda melakukan sebarang transaski pembelian, membeli-belah secara online, dan juga perbankan dalam talian.

Hijab style untuk Incognito Mode di Salam Browser. Cool! Haha.

Kewujudan “Incognito” mode pada Salam Browser juga membolehkan apa sahaja aktiviti online anda tidak direkodkan di “history” browser. Ini membolehkan jika anda lupa untuk membersihkan history pada browser dan browser tersebut diakses pengguna lain sekalipun, data anda akan selamat.

3. Melayari internet dengan lebih pantas

Satu lagi ciri hebat Salam Browser adalah membolehkan anda menonton video dengan lebih laju. Jika anda sedang menggunakan internet yang agak perlahan, anda boleh memilih untuk memaparkan video pada kandungan HD sahaja ataupun sekadar muat-turun kandungan audio sahaja melalui butang “download” yang disediakan.

Buat masa ini Salam Browser hanya boleh digunakan pengguna Windows sahaja dan ianya boleh dimuat-turun di website rasmi Salam Browser – www.salambrowser.com

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas