Connect with us

Oh! Media

Sahut Cabaran Netizen, Program Jom Kurus Akan Ke Sekolah

Artboard2b1png

Oh! Lifestyle

Sahut Cabaran Netizen, Program Jom Kurus Akan Ke Sekolah

Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menyahut cabaran seorang pengguna laman sosial yang mahukan dia melakukan program percuma Jom Kurus ke 5,000 buah sekolah di Malaysia. Perkara itu dimaklumkan Kevin menerusi akaun media sosial Instagram dan Twitternya semalam.

IKLAN
“I accept your challenge! 5,000 schools,” tulisnya bersama paparan skrin cabaran asal pengguna terbabit.

Cabaran Jom Kurus direka khas untuk mereka yang ingin mulakan langkah pertama dalam perjuangan untuk baiki kesihatan, tingkatkan kecergasan dan yang paling utama adalah untuk mengurangkan berat badan sambil bergembira.

Dilancarkan oleh Kevin pada 2014, lebih 40,000 peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Bagi kanak-kanak di sekolah, program ini dapat membantu menerap pendidikan kesihatan melalui modul-modul pembelajaran yang kreatif.
Sumber : Awani dan Akaun Instagram (@kevinzahari)

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas