Connect with us

Safee Sali Nasihatkan FAM Agar Utamakan Pemain Tempatan

Umum

Safee Sali Nasihatkan FAM Agar Utamakan Pemain Tempatan

Mesti korang masih ingat dengan enyerang utama bola sepak Malaysia suatu ketika dulu iaitu Safee Sali kini mahu menegaskan agar FAM tidak memandang rendah pemain tempatan ketika beraksi diperingkat antarabangsa.

Ini setelah FAM membuat keputusan untuk membawa masuk pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh yang dilihat perlu dinilai semula.

“Jika dipanggil (sertai skuad negara) saya tidak ada masalah. Jika tidak dipanggil pun saya tidak berkecil hati. Sekarang ramai pemain muda dan berkualiti.

“Semua perancangan terletak di tangan ketua jurulatih. Tapi janganlah sampai penyerang kita pun nak pakai naturalisasi. Biar tempatan asalkan jangan campuran,” katanya menerusi luahan di laman Facebook miliknya, semalam.

Antara nama yang dikaitkan ialah penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula, bekas penyerang Melaka United dan Kedah, Liridon Krasniqi dan ayam tambatan UKM FC, Michael Ijezie.

Bagaimanapun, dengan aksi tidak menentu Ijezie serta kehilangan misteri Liridon yang lari ke Perancis sebelum digugurkan oleh Melaka United Mei lalu, menyaksikan De Paula kini calon penyerang tunggal untuk mengisi posisi itu.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top